Wednesday 30 May 2012

Buku Politik dan Pilihanraya

Buku Terkini POLITIK DAN PILIHANRAYA MENURUT ISLAM tulisan Ust Dr Khairuddin at-Takiri dan Ustaz Zamani Ismail akan mula diedarkan sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Sultan Abd Halim, Alor Star pada 1hb Jun 2012.

Temui kami di Gerai Dewan Ulama PAS Pusat di sana.

Petikan daripada buku:

DEFINISI TAHAALUF SIYASI

“Tahaaluf Siyasi“ adalah istilah Arab. Dalam bahasa Melayu ia bermaksud Perjanjian Pakatan Politik atau disebut juga sebagai Perjanjian Kerjasama Politik.
Penggunaan istilah “Tahaaluf Siyasi“ dalam bahasa Arab memberi maksud yang lebih mendalam berbanding istilah “kerjasama politik“ dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana perkataan “Tahaaluf“ dalam bahasa Arab berasal dari perkataan “Hilf“ yang memberi beberapa maksud
  1. Saling mendampingi[1]
  2. Perjanjian antara kaum untuk saling bantu-membantu dan bersepakat [2]
  3. Perjanjian untuk tidak mengkhianati.[3]
Oleh itu, “Tahaaluf“ bermaksud perjanjian antara beberapa pihak untuk saling mendampingi, bantu-membantu dan tidak mengkhianati antara satu sama lain. Perkataan “Siyasi“ pula bermaksud urusan politik dan pemerintahan. Justeru, Tahaaluf Siyasi bermaksud perjanjian antara beberapa pihak untuk saling mendampingi, bantu-membantu dan tidak mengkhianati antara satu sama lain bagi mencapai cita-cita politik iaitu memerintah sesebuah negara.
Berdasarkan penjelasan di atas, saya berpandangan istilah Tahaaluf Siyasilebih baik dipopularkan berbanding istilah kerjasama politik bagi memberikan retorik makna yang lebih mendalam.
PersoalanTahaaluf Siyasiini timbul dewasa ini apabila sebuah parti politik di Malaysia yang meletakkan cita-cita Islam dalam perlembagaannya, iaitu PAS melakukan beberapa siri kerjasama politik dengan parti-parti politik yang tidak meletakkan cita-cita pemerintahan berasaskan Islam dalam agenda politik mereka.


[1] Mu`jam Maqaayiis al-Lughah, juz 2, hlm. 97-98
[2] Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, juz, hlm. 1031.
[3] Taj al-`Arus, juz 6, hlm. 75.


No comments:

Post a Comment