Saturday 31 May 2014

Kekalahan DAP dalam PRK Teluk Intan; Ulasan Lim Guan Eng

Imagine umno yg buat statement ini.... apa dap akan kata.... hahahhahahahahhahaha... kalau ini bkn statement rasis, apa dia? Something to ponder...

'Perhaps Dyana's race led to drop in Chinese votes'
| 10:17PM May 31, 2014
TELUK INTAN The drop in Chinese votes for DAP could have been due to the candidate Dyana Sofya Mohd Daud being a Malay, said party secretary-general Lim Guan Eng.

"Perhaps, but I think in time they will come to accept this idea," he said, adding that he believes that it was a 10 percent drop.

Speaking after the results were announced, Lim said DAP also witnessed a drop in support from all races in the Teluk Intan by-election.

He added this could be due to Dyana being "young", "female" and a "Malay".

"Sometimes, they (voters) are not used to it.

"Even Malays are not very used to young female candidates," he said.

Other factors for the defeat, Lim said, could be the low turnout of outstation voters compared to 2013 as well as the alleged threats by thugs and the fact that Dyana is a newcomer in politics.

In the tightly fought contest for the parliament seat, Dyana, 27, lost to BN candidate Mah Siew Keong, 53, by a wafer thin 238-vote majority.

Asked if party infighting contributed to the marginal loss, Lim blamed the media for creating such an impression.

He claimed that all levels of the party campaigned as a team.

He said only hard work and performance would help DAP penetrate the Malay heartland.

Asked if DAP would challenge the result, he said the party’s lawyers would look into the possibility of challenging it in court.

"We recognise the result was in favour of BN.

"But that doesn't mean we can't challenge it, we need time to assess the matter," he added

Analisa kekalahan DAP dalam PRK Teluk Intan

Satu analisa menarik; Sedikit pandangan berkaitan P076 TELUK INTAN: Pada PRU13, Datuk Mah Siew Keong (BN) dpt 20,086 undi, kalah kpd Seah Leong Peng (DAP) dgn 27,399 undi. Pada PRK hari ini, Datuk Mah Siew Keong (20,157) kalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud (19,919). Analisa mendapati jumlah undi Datuk Mah Siew Keong adalah "maintain" & kemenangan berpihak kpd BN disebabkan pengundi atas pagar yg tidak keluar mengundi atas pelbagai faktor.

Rogol Boleh Ditangani Dengan Hudud dan Takzir

Kenyataan Media
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Sabtu 31 hb Mei 2014

Rogol Boleh Ditangani Dengan Hudud dan Takzir

1. Kes melibatkan rogol 2 pelajar wanita berusia 15 dan 17 tahun oleh 38 lelaki di Ketereh, Kelantan 20 Mei 2014 lalu dan kes-kes seumpamanya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk merenung lebih jauh kegagalan undang-undang moden menyekat kesalahan jenayah rogol.

2. Statistik PDRM menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia ialah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol.

3. Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima 5 tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

4. Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah Hudud. Hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh. Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan :
i- rejam sehingga mati jika pesalah pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.
ii-sebat sebanyak 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun.

5. Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes.

Hukuman yang akan dikenakan ialah Takzir iaitu bergantung kepada budi bicara mahkamah.

6. Inilah yang dijelaskan oleh Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002. Enakmen Terengganu menyebut;
Seksyen 9. (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu  tanpa berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki Syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.

7. Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada hudud sekiranya Mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Sebahagian mazhab Islam meletakkan hukuman Takzir boleh mencapai tahap hukuman mati. Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental.

8. Lebih menarik, berasaskan Takzir dalam Islam, pesalah rogol boleh dikenakan bayaran pampasan sebagai gantirugi kepada maruah mangsa. Peruntukan seumpama ini tidak terdapat dalam undang-undang sivil hari ini. Mangsa rogol hanya sekadar mendapat malu.

9. Tiba masanya kerajaan persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol. Setidak-tidaknya kerajaan persekutuan boleh membentangkan rang undang-undang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia.

YB Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sunday 25 May 2014

Tokoh Ulamak Ummah; al-Imam al-Suyuti (849 H/1445 M - 911 H/1505 M)

Tokoh Ulamak Ummah; al-Imam al-Suyuti (849 H/1445 M - 911 H/1505 M)

Kepentingan Mengenali Tokoh Ulamak

1. Mengenali tokoh-tokoh ilmuwan Islam sangat penting sebagai satu motivasi ilmu bagi penuntut ilmu.

2. Ia juga penting kepada ilmuwan terkemudian untuk sentiasa menghargai para tokoh ulamak terdahulu serta sumbangan mereka.

3. Juga bagi membenihkan keinsafan diri terhadap tahap penguasaan ilmu mereka serta kewarakan mereka berbanding ulamak terkemudian. 

4. Ilmuwan terkemudian tentu bergantung kepada nukilan pendapat dan pandangan ulamak terdahulu dalam memahami maksud al-Quran dan al-Hadis bagi mendapatkan pencerahan ketika merumuskan pelbagai penelitian dan kajian. Keilmuwan dan kewarakan mereka memberikan keyakinan kepada umat terkemudian untuk mengambil ilmu daripada mereka kerana ilmu agama perlu diambil daripada orang yang dipercayai. Ia sejajar dengan apa yang diriwayatkan dengan sanad yang lemah daripada Anas bin Malik dan Abi Hurairah daripada nabi saw

إنَّ هذا العِلمَ دينٌ، فانظُروا عمَّن تأخُذونَ دينَكم

"Sesungguhnya ilmu ini adalah satu kepatuhan beragama. Maka telitilah daripada siapa kamu mengambil kepatuhan beragama kamu".

Hadis dalam al-Jami' al-Saghir dinilai lemah oleh Imam Suyuti

Biodata

1. Imam Suyuti merupakan salah seorang tokoh ulamak ummah yang terkenal dan mengarang ratusan buku dalam pelbagai bidang ilmu Islam.

2. Nama sebenar beliau Abd Rahman bin al-Kamal Abu Bakar. Nama Suyuti adalah nisbah kepada bandar Asyut di selatan Mesir.
Beliau dilahirkan di Kaherah tahun 849 H / 1445 M dan meninggal pada tahun 911H /1505 M.

3. Beliau membesar sebagai anak yatim apabila bapanya meninggal ketika dia berusia 6 tahun.

4. Beliau menghafaz al-Quran sebelum menjangkau umur 8 tahun. Seterusnya menghafaz matan-matan ilmu yang terkenal.

4. Beliau sangat kuat berguru sehingga gurunya menjangkau 150 orang. Malah beliau mendampingi guru secara dekat dalam usaha mendapatkan ilmu dan menguasainya untuk tempoh yang panjang.

5. Beliau mendampingi Syeikhul Islam Alamuddin Solih bin Umar al-Balqini (791 H - 868 H) untuk mempelajari Fiqh sehinggallah gurunya itu memberi ijazah kepadanya untuk mengajar dan memberi fatwa pada tahun 866 di usia 17 tahun. Malah gurunya itu terus didampingi sehingga kematiannya. Selepas kematian gurunya itu beliau mendampingi pula anak kepada Syeikh Alamuddin al-Balqini untuk mempelajari Fiqh. Begitu juga selepas kematian al-Balqini, beliau mendampingi pula Syeikhul Islam Syarafuddin al-Munawi bagi mempelajari lagi Fiqh dan al-Quran.

6. Dalam ilmu Hadis beliau mendampingi Syeikh Taqiyuddin al-Syibli selama 4 tahun sehingga kematian gurunya itu. Selepas itu beliau mendampingi pula Syeikh Muhyiddin al-Kaafiyaji (788 H - 879 H) selama 14 tahun.

7. Di usia 17 tahun pada tahun 866 beliau diberi ijazah mengajar bahasa Arab dan memulakan penulisan sulong beliau bertajuk Huraian Isti'azah dan Basmalah.

8. Menurut murid beliau bernama al-Daawuudi pengarang kitab Lapisan Tokoh Ulamak Besar Ilmu Tafsir; saya melihat tuan guru menulis dalam satu hari 3 kurrasah (1 kurrasah selalunya 10 helai kertas  mengandungi 20 halaman) Dalam pada itu beliau masih boleh mengajar dengan membacakan hadis kepada anak-anak muridnya sambil menjelaskan apa yang disangkakan sebagai pertembungan maksud hadis dengan jawapan yang baik. Beliau merupakan tokoh yang paling berilmu pada zaman beliau tentang ilmu hadis, tokoh-tokoh perawi ilmu hadis, matan dan sanad ilmu hadis serta pengeluaran hukum daripada hadis".

9. Ketokohan beliau di bidang ilmu dapat dilihat menerusi karya beliau yang melebihi 600 buah buku dan risalah yang panjang dan ringkas di bidang fiqh, tafsir, hadis, sejarah al-Quran, nahu, sejarah tokoh-tokoh nahu, sejarah tokoh-tokoh tafsir, bidang bahasa termasuk fiqh bahasa dan ilmu balaghah.

Disediakan oleh
Ust Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahad 25hb Mei 2014

Wednesday 21 May 2014

Doa Tahniah "Moga Allah Berkati" Kepada Pengantin

Doa Tahniah "Moga Allah Berkati" Kepada Pengantin

1. Beberapa Hadis Nabi SAW mengajar beberapa doa tahniah untuk pasangan pengantin.

2. Antaranya doa agar mereka mendapat barakah dengan menyebut:

بَارَكَ الله لَك
atau

بَارَكَ الله لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْر

3. Antara dalilnya:

‏عن ‏ ‏أنس ‏‏رضي الله عنه ‏: ‏أن النبي ‏صلى الله عليه وسلم ‏رأى على ‏ ‏عبد الرحمن بن عوف ‏‏أثر صفرة قال : ما هذا ؟ قال : إني تزوجت امرأة على وزن نواة من ذهب ، قال : ‏بارك الله لك أولم ولو بشاة . رواه البخاري وغيره .
Diriwayatkan daripada Anas (r.a) bahawa Nabi saw melihat pada Abd Rahman bin 'Auf kesan kuning. Baginda lantas bertanya; apa ini? Jawab Abd Rahman; saya telah mengahwini seorang perempuan dengan mas kahwin emas seberat biji kurma.

Baginda lalu berdoa:
بَارَكَ الله لَك
"Baarakallahu laka (moga Allah memberi keberkatan buat kamu). Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing biri-biri"

Hadis riwayat Bukhari dan lain-lain.

عن أَبي هُرَيْرَةَ : " أَنّ النّبيّ صلى الله عليه وسلم كانَ إِذَا رَفّأَ الاْنْسَانَ إذَا تَزَوّجَ قالَ : بَارَكَ الله لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ " . رواه الترمذي ، والنسائي ، وابن ماجه . وقال الترمذي: حسن صحيح

Diriwayatkan daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Nabi saw apabila mengucapkan tahniah kepada seseorang apabila berkahwin baginda menyebut:

بَارَكَ الله لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
"Moga Allah memberi keberkatan buat kamu. Moga Dia memberi keberkatan atas diri kamu dan menghimpunkan kamu berdua dalam keadaan baik."

Hadis riwayat Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah. Menurut Tirmizi ia adalah Hadis Hasan.

Barakah bermaksud kebaikan yang banyak dan berpanjangan. Ini bermaksud kita mendoakan buat para pengantin agar mereka sentiasa mendapat kebaikan yang berpanjangan daripada Allah melibatkan kehidupan mereka sebagai sepasang suami isteri, harta benda mereka serta anak-anak serta zuriat mereka.

4. Masyarakat akan sentiasa dalam keadaan baik apabila amalan doa sebegini diamalkan berbanding hanya menyebut "tahniah" tanpa sebarang doa kepada pengantin.

5. Adalah dicadangkan doa-doa sebegini ditulis pada kad-kad jemputan dan ditampalkan di tempat-tempat kenduri perkahwinan sebagai satu cara memberi ilmu dan menjadikan ia sebagai amalan masyarakat.

Disediakan oleh:
Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Rabu 21 hb Mei 2014

Takziah kepada keluarga kerabat diraja atas kemangkatan Almarhum Tunku Annuar

Assalamualaikum.

Saya mengucapkan Takziah kepada seluruh kerabat diraja dan rakyat negeri Kedah kami atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku  Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Moga Allah tempatkan Almarhum bersama roh para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin.

YB Dato' Dr Khairuddin dan Datin Yati
KENYATAAN MEDIA

Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman

Bismillah Hirrahmanirrohim

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi,  hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar pada hari ini, Rabu, 21 Mei 2014 Masehi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama tiga hari mulai 21 Mei 2014.  Tempoh perkabungan adalah selama tiga hari mulai 21 Mei 2014 sehingga   23 Mei 2014. Sepanjang tempoh tersebut, semua bentuk hiburan,  keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia   Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014,  diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solihin.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Thursday 15 May 2014

Ingatlah Mati

TAZKIRAH KEHIDUPAN

INGATLAH MATI

1. Kehidupan dan kematian adalah sunnah kehidupan. Bagi yang hidup sentiasalah mengingati mati. Saban hari berita kematian sampai kepada kita sebagai peringatan.

2. Nabi SAW bersabda:
أكثِروا ذِكْرَ هاذمِ اللَّذاتِ الموتِ
Maksudnya: "banyakkanlah mengingati pemutus kelazatan iaitu kematian" Hadis Sahih Ibn Hibban

Dalam satu riwayat lemah diriwayatkan bahawa ungkapan ini disebut oleh baginda saw tatkala melintasi satu kumpulan Ansar yang sedang ketawa beramai-ramai keriangan.

3. Mengingati mati menyebabkan kita berhati-hati dalam setiap ucapan dan perlakuan kerana ia pasti dihisab pada hari Akhirat.
Kegirangan dan kegembiraan melampau terhadap nikmat hidup melekakan kita.

4. Pemimpin masyarakat bertanggungjawab sentiasa mengingatkan seluruh ahli masyarakat hakikat kematian ini.

Ust Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Khamis 15hb Mei 2014

Tuesday 13 May 2014

Krisis Politik Terengganu; Apa Yang Rakyat Mahu?

Krisis Politik Terengganu; Apa Yang Rakyat Mahu?

1. Selepas beberapa jam Datuk Razif bin Abd Rahman mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baru Terengganu berlaku krisis politik apabila Datuk Ahmad Said selaku Adun Kijal dan Ghazali Taib selaku Adun Ajil mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi Adun bebas menjadikan BN mempunyai bilangan adun yang sama dengan pembangkang iaitu 15 - 15. Kekuatan kerajaan BN ada pada 1 undi penentu pada Speaker. Khabar angin bertiup akan ada lagi 4 adun bersedia menjadi adun bebas bersama Ahmad Said dan Ghazali. Ini merisikokan kejatuhan kerajaan BN di Terengganu.

2. Ahmad Said yang meletakkan jawatan sebagai MB petang semalam untuk memberi laluan kepada Razif menjadi MB bertindak sebagai seorang ahli politik yang bijak kerana tindakannya itu bakal menjadikan Razif sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling pendek tempoh pentadbirannya yang mungkin tidak menjangkau satu hari. Sejarah pahit ini tentu sahaja bakal memalukan Razif dan itulah satu cara Ahmad Said melepaskan amarahnya kepada BN yang mengarahkannya meletakkan jawatan.

3. Apakah tindakan terbaik PAS dalam suasana sebegini? Di hadapan terbentang 3 pilihan. Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi adun bebas yang menyokong PAS dan PKR maka penubuhan kerajaan baru boleh diusahakan. Namun, keadaan ini akan menjadikan kerajaan negeri tidak stabil. Kedua-dua adun bebas boleh pula menarik sokongan dan ia akan merisikokan kerajaan baru pula. Pelbagai polisi pentadbiran negeri boleh terencat. Ketidakstabilan ini bukan pilihan terbaik rakyat Terengganu.

4. Kedua, boleh diusahakan kerajaan campuran BN, PAS PKR. Kalau 13 Mei 1969 menyaksikan  kerjasama politik 2 parti politik melayu Islam UMNO dan Islam Melayu PAS diusahakan sehinga akhirnya terbentuk Barisan Nasional, maka 13 mei 2014 boleh menyaksikan sejarah baru kerajaan campuran 2 parti tersebut di peringkat negeri. Namun, pilihan ini juga tidak mudah kerana melibatkan banyak pihak dan dasar parti. Ia boleh menjadi sejarah cubaan terkini penyatuan umat Islam, tetapi ia tidak membawa kepada kestabilan kepada kerajaan negeri juga.

5. Pilihan ketiga ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri Terengganu. Berikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan. Pilihanraya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang dicanangkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak. Malah perubahan MB Terengganu adalah salah satu agenda perubahan yang dihasratkan oleh Najib selepas berjaya menukar Ketua Menteri Sarawak. Najib mengharapkan projek di Terengganu berjalan lancar untuk digerakkan pula selepas ini perubahan Menteri Besar Pahang sebagaimana khabar angin tersebar. Jadikan PRK sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap perubahan ini.

6. Di pihak PAS dan PKR pula, PRK juga menjadi kayu ukur sejauhmana kejayaan menguasai 15 dun dimanfaatkan sebaiknya untuk menggambarkan kepada rakyat kesediaan PAS menjadi kerajaan menanti. Tahap penerimaan rakyat terhadap pelbagai isu kegagalan pentadbiran BN di Terengganu yang dibangkitkan sebelum ini boleh diukur. Isu pengambilan tanah Banggol Donas yang tidak mengikut lunas undang-undang, LPT II yang masih belum siap, status zon bebas cukai Empangan Kenyir, pembelian bas dwiguna darat dan air yang dilihat membazir, pembinaan jambatan drawbridge sungai Terengganu, projek mendalamkan sungai Terengganu yang tidak mengikut peraturan, isu perobohan Pasar Kedai Payang,  pelombongan bijih besi Dungun dan terkini cadangan kenaikan kadar cukai pintu. Justeru, pilihan ini dilihat lebih releven.

7. Namun begitu rakyat juga tidak boleh terlalu berharap. Dalam politik apa pun boleh berlaku. 2 adun tadi mungkin sahaja kembali kepangkuan UMNO jika kena gaya pujukan berbisa oleh Najib. Lagipun dalam satu kenyataan Datuk Ahmad Said menyatakan kekecewaannya kerana pertukaran MB di buat di saat perkahwinan anak beliau akan berlangsung pada 17hb mei 2014. Kekecewaan itu mendorongnya bertindak dengan apa yang berlaku sekarang. Orang yang kecewa boleh dipujuk!!!

8. Apa pun rakyat Terengganu tentu mengharapkan yang terbaik dari pemerintah terbaik. Berikan mandat kembali kepada rakyat walau apa pun terjadi!

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
13 hb Mei 2014 jam 8.20 pagi; Jengka.

Krisis di T'ganu: Ahmad Said keluar Umno

Krisis di T'ganu: Ahmad Said keluar Umno
Abdul Rahim Sabri | 2:00AM Mei 13 2014
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi Malaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.

"Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Datuk Razif MB Terengganu Baru

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.
KUALA TERENGGANU: Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam ini.

Terdahulu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenan pelantikan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said berkuatkuasa mulai tarikh mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda.

Perkara tersebut disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said  awal petang ini dilaporkan sah telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini dan disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada The Star Online.

Tengku Adnan berkata Menteri Besar baru akan mengangkat sumpah di Istana Syarqiyyah, Terengganu, pada pukul 8 malam ini.

Topik penggantian Menteri Besar ini sebelum ini tersebar dengan luas ekoran penulisan Awang Selamat menerusi ruangan pojoknya Bisik-Bisik Awang Selamat, yang mendakwa dua Menteri Besar di negeri yang ditadbir Barisan Nasional akan ditukar tidak lama lagi.

Ahmad pula telah menyifatkan khabar angin itu sebagai sengaja dihebohkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan perpaduan UMNO di negeri itu.

Katanya, desas-desus itu bukan satu perkara baru sebaliknya tidak pernah berhenti sejak beliau menerajui negeri itu selepas pilihan raya umum 2008.

Turut menegaskan perkara itu adalah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Abdul Rahman Bakar yang berkata Ahmad akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu seperti mana dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, 25 April lepas.

Abdul Rahman mendakwa Najib telah memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa tiada pertukaran mana-mana Menteri Besar di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ahmad-razif-angkat-sumpah-sebagai-mb-terengganu-yang-baru-35709?cp

Sunday 11 May 2014

Puisi Dedikasi Buat Almarhum Tuan Guru Dato Hj Harun Taib

Dia dalam Rimbun Kenang-kenangan.

Dalam rakit buku
Dalam lembar nafas
Dalam suci hati budi
Dalam luhur kalimat suci
Suatu kata tajam bak belati
Suatu kalimah agung dari nafas Sang Panglima mahu kalimah seteru alam"Lailahaillallah" dijulang di Gunung Raya.
Hembusan resah Sang Pejuang tetap teguh biar terpercik api dan bara,
Biar relai jasad dan nyawa 
Dia tetap berbicara di Pentas Agung demi Tuhan,
Demi bangsa, 
Demi agama nan Mulia.
Dan suci benar wajah mulia itu 
Kekal dan malar di ingatan 
Yang pasti Dia telah mencari Sang Kekasih dari Kekasih 
Bercumbu bersama Keagungan Ilahi.

Dedikasi buat almarhum Dato Harun Taib yang kukenali.
DYAM- Datin Yati

Friday 9 May 2014

Banjir di Jalanan Mekah

Arabiya.net melaporkan berlaku hujan lebat yang menyebabkan banjir di beberpaa batang jalan raya di Mekah pada lewat malam khamis 8.5.2014 yang berlarutan hingga awal pagi jumaat

Thursday 8 May 2014

Hudud: Perang antara komponen BN meletus

Hudud: Perang antara komponen BN meletus
HARAKAHDAILY | 08 Mei 2014.
KUALA LUMPUR: Isu hudud yang timbul semula ekoran cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat kini menjadikan hubungan antara parti-parti dalam BN seperti dilanggar garuda. 

Terbaru laman rasmi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang diterajui Umno menyelar rakan sekutunya MCA kerana mengancam untuk keluar daripada BN jika rang undang-undang persendirian itu dibawa ke Parlimen.

Dalam berita bertajuk "Tidak perlu MCA turut melalak macam DAP tentang hudud", BNBBC mengecam MCA khususnya Timbalan Presiden parti itu, Datuk Wee Ka Siong kerana membuat kenyataan terbuka mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN.

“…bila MCA, komponen dalam Barisan Nasional (BN) turut mempertikainya (hudud), timbul persoalan apakah motif parti kaum Cina itu yang semakin hilang pengaruh berbanding DAP.

“Tentu amat biadab apabila pemimpin MCA khususnya timbalan presiden parti, Datuk Wee Ka Siong membuat kenyataan terbuka mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN,” berita itu dipetik.

BNBBC menganggap Wee (gambar) yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan menteri penuh dalam kabinet bercakap seolah-olah MCA mendominasi BN tanpa menghormati Umno yang selalu bertolak ansur dalam agihan kerusi pilihan raya.

“Apatah lagi, MCA menyatakan tentangan terbuka terhadap hudud ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berkira-kira mahu mengembalikan kuota MCA dalam Kabinet walaupun umum tahu, prestasi MCA terus merudum dalam PRU 13.

“Pastinya, amat tidak bijak tindakan Ka Siong dan beberapa pemimpin MCA lain yang menyatakan pendirian mereka menolak hudud,” kandungan berita itu dipetik.

BNBBC menambah, MCA tidak sepatutnya melatah atau mahu berlagak hero bagi menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa parti itu memperjuangkan kaum tersebut.

“Rakyat tahu, dalam perkara ini DAP lebih berjaya berbanding MCA,” lapor laman itu sinis.

BNBBC turut memperlekehkan MCA yang dianggap berpura-pura dengan mengancam untuk mengumpul ribuan orang bagi mengepung Parlimen bagi menghalang rang undang-undang persendirian berkaitan hudud daripada dibentangkan sedangkan sokongan pengundi Cina terhadap parti itu merudum.

“Sama ada Ka Siong atau presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, mereka sepatutnya lebih bijak dengan menyatakan pendirian ketika rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen kelak.

“Maksudnya, lebih baik MCA berdiam diri jika mereka tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud bukannya bertindak menikam Umno yang sudah menyatakan tidak akan menolak hukum tersebut,” tegas BNBBC.

BNBBC juga menasihati MCA supaya menghormati proses demokrasi di Parlimen, begitu juga komponen BN lain yang mungkin tidak bersetuju dengan hudud.

“Paling tidak pun, MCA harus menanti rumusan jawatankuasa teknikal menilai rang undang-undang berkenaan sebelum membuta tuli menentangnya.

“Atau sekurang-kurangnya pimpinan parti itu mendapatkan penerangan mengenai hudud daripada Umno terlebih dahulu.

“Jika MCA masih berkeras mahu mengkaji kedudukan dalam BN ataupun sudah merancang mahu keluar daripada BN, UMNO tentu tidak akan menghalang,” berita laman BNBBC itu menyebut. - HARAKAHDAILY, 8/4/2014
Copyright © 2014 Harakah.

Hudud: Perang antara komponen BN meletus - http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/27749-hudud-perang-antara-komponen-bn-meletus

MARILAH BERAKHLAK ISLAM; JANGAN SANGKA BURUK, JANGAN MENGINTIP & JANGAN MENGUMPAT

TAZKIRAH DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

MARILAH BERAKHLAK ISLAM; JANGAN SANGKA BURUK, JANGAN MENGINTIP & JANGAN MENGUMPAT

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

A. Mukaddimah

Orang yang sebenar-benar beriman mempunyai akhlak yang sangat mulia lagi terpuji. Antara akhlak terpuji ialah tidak berburuk sangka dan mencurigai seseorang, jangan mengintai dan mencari kesalahan dan keburukan seseorang dan jangan mengumpat seseorang.

B. PRASANGKA BURUK ADALAH HARAM

1. Sangkaan buruk adalah kecurigaan dan tohmahan yang terdetik di hati terhadap seseorang pada bukan tempatnya tanpa sebarang bukti dan petanda yang jelas.

2. Menurut Umar bin al-Khattab; janganlah kamu bersangka buruk dengan satu ungkapan yang keluar daripada saudaramu sedangkan kamu masih menemui ruang untuk bersangka baik.

3. Sangkaan adalah sebohong-bohong bicara. Ia ditegaskan oleh Nabi saw dalam Hadis Sahih Muslim:
إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث
Maksudnya: "jauhilah sangkaan kerana sangkaan itu adalah sebohong-bohong percakapan"
Hal ini kerana sangkaan adalah satu tohmahan dan tuduhan yang berkeberangkalian betul dan salah.

4. Sekiranya sangkaan itu adalah salah dan tidak menepati realiti sebenar maka ia menjadi satu pembohongan.

5. Apabila sangkaan tersebut tersebar dalam masyarakat  ia menjadi satu pembohongan dan fitnah yang merosakkan reputasi orang yang disangka.

6. Sekiranya sangkaan itu adalah benar dan menepati realiti ia tetap menjadi satu pembohongan kerana di saat sangkaan itu berlaku dan terdetik di hati atau dilafazkan dengan lidah ia masih lagi berstatus tohmahan dan agak-agakkan tanpa bukti. Seorang mukmin hanya berbicara sesuatu yang pasti dan terbukti benar bukannya sesuatu yang belum dapat dipastikan kebenarannya.

7. Banyak orang suka menyebarkan berita yang tidak pasti dan hanya bersifat sangkaan. Sebagai contoh seseorang mungkin berbicara: "Saya dengar si fulan makan harta haram". Jika ungkapan itu dibicarakan di hadapan seseorang dengan tujuan menjadi bahan perbualan maka hukumnya adalah haram. Dia telah menyebarkan satu berita yang belum pasti tetapi berpotensi merosakkan reputasi dan nama baik seseorang.

C. SANGKAAN MENDORONG KEPADA MENGINTAI KESALAHAN

1. Sangkaan terhadap seseorang akan mendorong seseorang untuk mengintai-ngintai dan mencari-cari kesalahannya. Kerana itu Allah menegaskan lagi
ولا تجسسوا
"Dan janganlah kamu mengintai-ngintai (kesalahan)"

2. Setiap mukmin diajar untuk menilai seseorang pada zahir penampilannya. Adapun hakikat sebenar dirinya di luar pandangan mata manusia atau dosa-dosa tersembunyi dirinya dengan Allah perlulah diserahkan kepada Allah. Bukanlah akhlak Islam mencari dan mengintai kesalahan mereka yang tersembunyi.

3. Malah apabila dosa tersembunyi itu sampai ke pengetahuan seseorang maka menjadi kewajipannya untuk menegur dan menasihati seterusnya menyembunyikannya dari pengetahuan manusia lain dan tidak menyebarkannya tanpa sebarang sebab yang syar'ie.

Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih:
من ستر مؤمنا ستره يوم القيامة
Maksudnya: "Sesiapa yang menutup aib seorang mukmin maka Allah tutup aibnya di hari Qiamat."

D. JANGAN MENGUMPAT

1. Manusia tidak sempurna. Setiap orang mempunyai kelemahan dan keburukan diri yang berbeza. Setiap orang tidak suka kelemahan dirinya menjadi bahan bicara orang lain.

2. Menjadi kewajipan setiap muslim untuk menasihati saudaranya muslim yang melakukan kesalahan dan menutup keburukan serta keaiban dirinya. Sesiapa yang menutup aib saudaranya pasti Allah tutup pula keaiban dan keburukan dirinya sebagaimana sabit dalam banyak hadis Nabi saw.

3. Keburukan diri seseorang sekiranya diketahui tidak sewajarnya disebarkan dan dijadikan bahan perbualan. Itulah umpatan yang diharamkan. Kewajipan saudara muslim terhadap saudaranya ialah menasihati bukan menyebarkan keburukan seseorang.

4. Untuk sekadar menjadi bahan perbualan sama ada di kedai kopi atau terkini di aplikasi whatsApp maka ia adalah haram dan membawa kepada umpatan yang diharamkan.

5. Kerana itu Allah berfirman lagi:
ولا يغتب بعضكم بعضا
Maksudnya: "Dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain".

6. Mengumpat adalah haram dengan dalil ayat ini dan banyak lagi hadis-hadis yang Sahih. Mazhab Maliki mengkategorikannya sebagai dosa besar manakala mazhab Syafie menilainya sebagai dosa kecil.
Mengumpat ialah "kamu menyebut berkaitan saudaramu tentang sesuatu yang tidak disukai oleh dirinya"

7. Menurut Ibnu Asyur mengumpat adalah haram kerana ia mengandungi kerosakan lemahnya persaudaraan Islam. Boleh jadi umpatan itu sampai kepada orang yang diumpat lalu terbentuk dalam dirinya rasa permusuhan terhadap orang yang mengumpatnya maka rapuhlah binaan persaudaraan. Juga kerana mengumpat itu bererti menyibukkan diri dengan hal ehwal manusia lain yang melekakan dirinya daripada melakukan perkara-perkara penting dan melekakan dirinya daripada meninggalkan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan dirinya.

8. Saudaramu tentu tidak menyukai keburukan dan kelemahan dirinya menjadi perbualan orang lain. Dia mungkin seorang yang kasar dan mudah marah. Namun tentu sahaja dia tidak suka akhlak buruknya itu menjadi bahan perbualan. Maka kewajipan kita sebagai saudara muslim ialah menasihatinya untuk meninggalkan akhlak buruknya dan tidak menjadikannya bahan perbualan.

9. Ada yang berhujah: "saya tidak mengumpat kerana memang sebetulnya dia berakhlak buruk". Inilah salah faham. Kerana dia sememangnya berakhlak buruk maka haram kita berbicara tentang dirinya sebagai bahan perbualan tetapi wajib atas kita menasihatinya. Sekiranya sebaliknya dia tidak berakhlak buruk sepertimana diperkatakan maka ia tidak dipanggil umpatan tetapi dipanggil berbohong dan mereka-reka cerita. Berbohong dan mereka cipta cerita yang buruk dan tidak sebenar adalah satu lagi dosa dan akhlak yang terburuk.

10. Namun, Islam memberi kelonggaran, sekiranya bicara tentang kesalahan seseorang yang dilakukan secara terang-terangan adalah dengan tujuan untuk memperingatkan orang Islam agar berhati-hati apatah lagi jika melibatkan maslahah umat Islam maka ia dibenarkan dengan syarat tidak dalam bentuk merendah-rendahkan atau menghina si fulan tersebut.

E. PENUTUP
Inilah keindahan akhlak Islam. Sekiranya ia menjadi hiasan anggota sesebuah masyarakat akan harmonilah kehidupan bermasyarakat. Sudah tentu rahmat Allah akan turun kepada mereka.

Disediakan oleh:
Ust Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Jumaat 2hb Mei 2014

GST adalah Cerminan Pertembungan 2 Dasar Bernegara Antara Negara Jibayah Cukai & Negara Hidayah Berkebajikan

GST adalah Cerminan Pertembungan 2 Dasar Bernegara Antara Negara Jibayah Cukai & Negara Hidayah Berkebajikan

1. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sememangnya menjadi dasar yang dianuti oleh kerajaan BN iaitu mengenakan cukai semaksima terhadap rakyat. Atau dengan kata lain sememangnya Malaysia di bawah pentadbiran BN mengamalkan konsep yang dalam bahasa ilmu Ketatanegaraan Islam diistilahkan sebagai Negara Jibayah atau Negara Cukai. Inilah yang dapat difahami secara jelas daripada kenyataan Perdana Menteri pada 5hb Mei 2014 sebagaimana dilaporkan oleh Astroawani.

2. Kesimpulan kenyataan beliau yang menggambarkan dasar percukaian negara adalah:

A. GST tidak membebankan rakyat.
B. GST satu langkah perlu yang akan meluaskan pendapatan negara.
C. GST akan menambah pendapatan negara.
D. GST satu bentuk cukai yang progresif yang hanya dikenakan atas perbelanjaan bagi barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh seseorang.
E. GST akan menjadikan lebih ramai rakyat membayar cukai kerana hari ini tidak ramai membayar cukai.
F. GST memperluaskan cakupan rakyat yang membayar cukai kerana sekarang hanya lebih kurang satu juta sahaja penduduk negara ini yang membayar cukai.
G. GST mempertingkatkan kadar dan nilai cukai kerana sesetengah daripada rakyat membayar kadar yang lebih rendah daripada yang sepatutnya.
H. GST seperti antibiotik yang perlu untuk 'mengubati' masalah ekonomi negara.
I. GST diterima pakai dengan mengambil kira pengalaman yang digunapakai oleh hampir 90 peratus negara lain di dunia.

3. Semua dasar-dasar yang disebut oleh Perdana Menteri ini menegaskan Malaysia sebagai Negara Jibayah atau Negara Cukai. Keadaan ini sangat berbeza dengan dasar kewangan Negara Islam yang berasaskan konsep Negara Hidayah dan Berkebajikan. Asas-asas kepada dasar percukaian Negara Islam adalah seperti berikut:

A. Cukai daripada rakyat tidak menjadi dasar utama hasilan negara.
B. Cukai daripada rakyat hanya dikenakan sebagai penyelesaian sementara dan bukan dasar yang tetap apabila negara berhadapan krisis kewangan disebabkan faktor kelembapan ekonomi semasa. Setelah kewangan negara stabil percukaian dihapuskan.
C. Apabila cukai dikenakan cakupannya perlu diminimakan merangkumi golongan berkemampuan sahaja berasaskan pendapatan mereka.
D. Cukai Wajib pula dikenakan dengan kadar yang rendah sebaliknya semangat dermawan menyumbang secara sukarela diperluaskan sehingga mereka menyumbang secara sukarela lebih banyak daripada yang wajib. Hal ini kerana manusia bersifat liar terhadap sesuatu yang wajib yang membebankan tetapi lebih redha dan bersemangat jika diberikan galakkan dan motivasi.
E. Cukai terhadap semua golongan rakyat bukannya ubat penyelesaian masalah ekonomi tetapi ia menjadi racun yang membarah dalam masyarakat. Golongan tidak berkemampuan semakin tertekan dengan cukai sehingga mendorong mereka menjadi penjenayah dan pemberontak terhadap ekonomi negara.
F. Negara Islam adalah negara berkebajikan yang meletakkan ihsan pada golongan tidak berkemampuan. Justeru, cukai tidak dikenakan kepada mereka sama sekali walaupun dengan nilai yang minima. Sebaliknya masalah kewangan negara diselesaikan dengan bantuan golongan berpendapatan tinggi. Itupun dengan nilai yang minima bagi mengelakkan perasaan terbeban.
G. Dasar kewangan negara perlu dirujuk kepada al-Quran dan Sunnah di samping sejarah kejayaan negara khalifah Islam bukan kepada negara moden yang tidak bertunjangkan Islam dan juga menyaksikan kebobrokan penguasaan ekonomi oleh kapitalis.

4. Sekarang terpulang kepada rakyat sama ada mengekalkan kerajaan yang mengamalkan dasar Negara Cukai atau mengubahnya kepada kerajaan Islam yang mengamalkan konsep Negara Hidayah dan Berkebajikan dalam PRU ke 14 nanti.

YB Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 8hb Mei 2014

Wednesday 7 May 2014

PANDANGAN SAHIBUS SAMAHAH DATO MUFTI PAHANG MENGELIRUKAN DALAM ISU CUKAI GST DAN HIMPUNAN BANTAH GST MENURUT ISLAM

Sila sebarkan

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

PANDANGAN SAHIBUS SAMAHAH DATO MUFTI PAHANG MENGELIRUKAN DALAM ISU CUKAI GST DAN HIMPUNAN BANTAH GST MENURUT ISLAM

Pandangan Sahibus Samahah Dato' Mufti Kerajaan Pahang sebagaimana dilaporkan oleh Berita Harian Sabtu 3 Mei di halaman 10 berhubung isu GST dan hukum demonstrasi menurut Islam sangat mengelirukan.

KAEDAH KUTIPAN CUKAI GST SELARAS DENGAN ISLAM?

Sahibus Samahah dipetik berkata bahawa "apa sahaja bentuk kutipan cukai, tidak menyalahi hukum selagi hasil diperolehi disalurkan kepada golongan yang layak untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan dan pembangunan ekonomi."

ULASAN:

1. Kenyataan dan kaedah menilai hukum oleh Sahibus Samahah Mufti ini sangat mengelirukan dan tersasar daripada kaedah pengeluaran hukum. Penetapan sesuatu hukum percukaian dalam Islam tidak hanya melihat kepada bagaimana hasil cukai dibelanjakan tetapi juga kepada bagaimana kaedah cukai itu diperolehi.

2. Kaedah umum yang ditetapkan oleh Islam ialah hasil dan cara perbelanjaan akan dipersoal di hari Qiamat. Dalilnya ialah Sabda Nabi SAW:
لا تزال قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع عن ماله من أين اكتسبه وفيما أنفقه
Maksudnya: Tidak berganjak dua kaki anak Adam pada hari Qiamat sehinggalah dia disoal tentang 4 perkara....(antaranya) tentang hartanya DARIMANAKAH DIPEROLEHI dan PADA APAKAH DIBELANJAKAN."

3. Jelas daripada hadis di atas bagaimana sesuatu hasil pendapatan termasuk pendapatan negara diperolehi mesti dipersoalkan adakah menepati Syarak atau pun tidak. Sekiranya ia menyalahi Syarak maka ianya adalah haram meskipun dibelanjakan untuk maslahat umat.

4. Isunya ialah adakah kaedah kutipan cukai GST bertepatan dengan Islam?

5. Saya berhujah bahawa kaedah kutipan cukai GST adalah bercanggah dengan Islam dari dua sudut iaitu;

Pertama:

A. Kaedah cukai yang dibenarkan dalam Islam ialah dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai lebihan pendapatan untuk akhirnya digunakan untuk maslahah golongan tidak berkemampuan.
تؤخذ من أغنيائهم وتعطى فقراءهم

B. Cukai GST tidak dikenakan berasaskan pendapatan rakyat tetapi dikenakan berasaskan perbelanjaan rakyat.
Ini bercanggah dengan konsep percukaian Islam. Cukai yang dibenarkan oleh Islam mestilah diambil berasaskan pendapatan dan bukan perbelanjaan.

C. Ini kerana cukai yang diambil berasaskan perbelanjaaan tidak akan membezakan tahap kemampuan kewangan pembayar cukai. Ini menjadikan golongan yang tidak berkemampuan juga dikenakan cukai atas perbelanjaan mereka.

D. Sementelah lagi Islam meletakkan antara syarat-syarat bagi membolehkan cukai dikenakan kepada rakyat yang berkemampuan ialah tidak berlaku sebarang ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan wang negara yang membawa kerajaan kepada krisis kewangan.

HIMPUNAN BANTAH GST HARAM?

Sahibus Samahah Dato' Mufti dilaporkan berkata: "kalau lihat dari segi syarak, tindakan membantah kerajaan adalah seperti berpaling tadah dan haram. Saya tengok lebih daripada 100 hadis menceritakan bahawa haram menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi"

ULASAN

1. Kenyatan Sahibus Samahah ini sangat mengelirukan. Saya teruja untuk melihat 100 hadis yang dikatakan menceritakan bahawa haram menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi sekiranya ada.

2. Saya bimbang Sahibus Samahah terkeliru memahami hadis-hadis yang tidak membenarkan rakyat menentang pemerintah menggunakan senjata atau disebut dalam kitab Fiqh sebagai "bughah" tetapi sebaliknya menegaskan kewajipan rakyat mengengkari dengan hati dan lidah.

3. Antaranya Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih Muslim:

ستكونُ أمراءُ . فتعرفونَِ وتُنْكرونَ . فمن عَرِف بَرِئ . ومن نَكِرَ سَلِمَ . ولكن من رَضِي وتابعَ قالوا : أفلا نقاتلهُم ؟ قال : لا . ما صلوا
Maksudnya: "nanti akan ada pemerintah-pemerintah. Kamu suruh mereka melakukan makruf dan kamu bantah kemungkaran mereka. Maka sesiapa yang membenci (dengan hati) dia terlepas (dari dosa). Sesiapa yang membantah (dengan lidah) dia selamat (dari dosa). Tetapi sesiapa yang redha dan menurut (dia tidak terlepas dan selamat)."

Para Sahabat pun bertanya: "apakah tidak boleh kami memerangi mereka?

Tegas baginda: "Tidak boleh selagimana mereka solat."

4. Hadis di atas sangat jelas menunjukkan 2 hukum:

A. Pemerintah yang melakukan kemungkaran perlu ditegur dan dibantah. Mereka yang membantah dengan hatinya terlepas dari dosa. Mereka yang membantah dengan lidahnya terselamat dari dosa.

B. Memerangi pemerintah yang melakukan kemungkaran dengan senjata tidak dibolehkan selagi mana mereka solat dan menegakkan ibadah solat dalam masyarakat Islam sebagaimana sabit dalam satu riwayat hadis yang lain

5. Maka hadis di atas menjadi dalil keharusan dan tanggungjawab membantah pemerintah menggunakan lidah apabila berlaku kemungkaran. Sekiranya tidak mampu dengan lidah perlu dibantah sekurang-kurangnya dengan hati. Himpunan Bantah GST adalah himpunan bantahan dengan lidah bukannya dengan senjata. Maka hukumnya adalah diharuskan bahkan disunatkan. Namun, membantah dengan hati tetap menjadi kewajipan.

6. Salah seorang Tabi'i besar iaitu Abu Muslim al-Khaulani rahimahullah pernah membantah secara berdepan di khalayak ramai tindakan Khalifah Mu'awiyah radiayallahu anhu (r.a) sahabat Nabi yang menjadi pemerintah negara Islam, membekukan agihan wang negara yang sepatutnya kepada rakyat. Tindakannya tidak dianggap sebagai penderhakaan terhadap Mu'awiyah r.a. selaku pemerintah negara umat Islam malah Mu'awiyah r.a. memperakui teguran terbuka Abu Muslim  lalu menarik kembali polisi pembekuan agihan itu.

7. Sementelah pula Himpunan GST adalah himpunan yang berlangsung secara aman yang dibenarkan menurut lunas undang-undang negara sebagai satu mekanisma rakyat menyampaikan pandangan dan bantahan terhadap dasar-dasar kerajaan.

8. Saya secara peribadi dengan rendah dirinya bersedia jika berpeluang untuk berbincang secara akademik dan ukhuwwah bersama Sahibus Samahah Dato' Mufti yang saya hormati keilmuannya dan jasanya kepada umat Islam di Pahang bagi merungkaikan dua isu ini bagi kebaikan umat Islam.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sabtu 3 hb Mei 2014

Taksiran Cukai Pintu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Perlu Dinilai Kembali dan Dibantah

SEBARKAN
Kenyataan Media Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu 7hb Mei 2014

Taksiran Cukai Pintu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Perlu Dinilai Kembali dan Dibantah

NOTIS SEMAKAN SENARAI NILAIAN yang dikeluarkan oleh MBKT bertarikh 15hb Mac  2014  kepada premis-premis kediaman dan perniagaan di kawasan MBKT wajar dibantah secara besar-besaran oleh rakyat dan ditarik balik oleh MBKT berdasarkan alasan-alasan berikut:

1. Jika diamati dengan teliti, cadangan kenaikan cukai taksiran MBKT untuk mengimbangi kos pengurusan pada tahun depan adalah tidak relevan. Ini kerana Dana Khas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Terengganu khususnya daripada hasil minyak dan gas dianggarkan akan terus meningkat pada tahun 2014 dan 2015 sehingga meliputi 90% daripada jumlah hasil kerajaan negeri.  
 
Oleh yang demikian, peningkatan hasil berkenaan sewajarnya tidak membebankan lagi kewangan rakyat sebaliknya ia mestilah diagihkan dengan lebih adil disamping mengelakkan perbelanjaan kerajaan negeri yang tidak perlu.

2. Konsep cukai dalam Islam sewajarnya berdasarkan sesuatu yang mendatangkan hasil. Sedangkan cukai taksiran atau cukai pintu bukan sahaja dikenakan ke atas rumah sewa dan premis perniagaan tetapi juga rumah kediaman yang merupakan satu keperluan rakyat dan tidak diperniagakan.

3. Kita akui bahawa berlaku kenaikan harga bagi setiap jenis hartanah yang boleh mempengaruhi anggaran sewa kasar semasa di Kuala Terengganu. Namun, cadangan penetapan kadar 10% bagi cukai taksiran tahun depan perlu dijustifikasikan secara adil kerana ia adalah tinggi dan berlaku secara mendadak.
 
4. Pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) juga harus bersikap telus dengan mengemukakan unjuran Anggaran Belanjawan Majlis serta kos pengurusan dan pembangunan tahun 2015 bagi mewajarkan cadangan penetapan kadar 10% tersebut.

5. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, terdapat beberapa kes cadangan kadar baru cukai taksiran yang ditetapkan menjangkau sehingga 600 peratus. Peningkatan ini tidak masuk akal.
 
6. Ia juga harus mengambil kira bebanan kewangan yang ditanggung oleh rakyat setelah berlaku pelbagai pakej kenaikan harga barang dan perkhidmatan sejak tahun 2013 hingga tahun ini.
 
7. Pada April tahun depan pula, Kerajaan Pusat akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan sebanyak 6% dan ia secara langsung akan memberikan impak inflasi sehingga ke 4.1% menurut sebahagian pengkaji ekonomi dan berlaku kenaikan mendadak sehingga 2% hingga 3% bagi Indeks Harga Pengguna.

Saya turut menyeru supaya rakyat Kuala Terengganu segera mengambil kesempatan waktu yang ada untuk membantah secara bertulis sehingga 2 Jun 2014. PAS Terengganu akan bersama-sama dengan NGO-NGO negeri yang sedia ada akan memobilisasi bantahan dengan lebih meluas sehingga cadangan kenaikan cukai taksiran ditangguhkan.

YB Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
 
 

Saturday 3 May 2014

Aktiviti Jumaat 26.4.2013

Program dimulakan dengan kuliah Dhuha mingguan di Surau Ayah Itam. Saya menghuraikan tafsir Ayat 61-68 surah Aali Imran dan Hadis Ali bin Abi Talib yang diberi bendera oleh Nabi saw untuk mengepalai tentera Islam menyerang Yabhudi di bumi Khaibar. Nabi titipkan pesanan
ﻷن يهدي الله بك رجلا خير لك من حمر النعم
Hidayah yang diberikan oleh Allah menerusi kamu kepada seseorang itu lebih baik daripada kamu mendapat unta merah.

Seterusnya menziarahi kematian allahyarham Hj Jaafar di Gong Kijang selepas koma hampir sebulan.

Solat Jumaat di Masjid Bukit Tok Beng. Berkesempatan bertemu dengan Ust Wan Ibrahim guru saya ketika di Sekolah Zainal Abidin Ladang. Juga bersembang ringkas dengan Dato Abd Rashid Ngah bekas ADUN Seberang Takir. Saya perkenalkan diri beliau apabila ditanya " saya YB Parlimen baru belajar". Kata beliau; ooo Dr Khairuddin, ana tengok anta dalam tv sahaja. Ini kali pertama bertemu. Tahniah. Teruskan kerja-kerja anta. Ana kenal baik toki anta Pok Ngoh Soh. Saya menambah; ya Dato, saya masih ingat ketika budak dahulu Dato datang ke rumah ketika ibu saya meninggal kemalangan lori di kg baru.
Petangnya mesyuarat Pusat Khidmat Parlimen seterusnya berkejar untuk majlis penyampaian hadiah pertandingan wau pemuda Kg Kesom.
Maghrib seperti biasa kuliah mingguan di Masjid Taqwa. Seterusnya jam 9.15 bergegas untuk usrah zon di felda Belara. Kehadiran ahli usrah sekitar22 orang. Jam 10.50 saya undur diri untuk ceramah penerangan di Pok Tuyu bersama Dato Raja Bahrin, YB Ust Hishamuddin dan Ust Kamaruzaman. Pulang ke rumah lebih kurang jam 1 pagi.

Respon Terhadap Ucapan Perdana Menteri Isu GST

Kenyataan Media Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (Sabtu 3hb Mei 2014)

Respon Terhadap Ucapan Perdana Menteri Berhubung GST

1. Saya tertarik untuk respon terhadap ucapan Perdana Menteri  dalam majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 bertemakan Penjawat Awam Tiang Seri Negara di Dewan Seri Wawasan Jitra pada 1hb Mei 2014 berhubung pelaksanaan GST sebagaimana dilaporkan media semalam.

2. YAB Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menegaskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan langkah kerajaan untuk memantapkan hasil demi menjamin masa depan negara dan kebajikan rakyat. Saya ingin menegaskan bahawa memantapkan hasil negara tidak semestinya menerusi GST yang prinsipnya bercanggah dengan prinsip percukaian Islam. GST tidak sepatutnya dilaksanakan di saat kerajaan masih gagal menangani ketirisan dan pembaziran perbelanjaan negara serta tidak berhemah dalam menguruskan perbelanjaan negara. Kebajikan rakyat juga tidak akan terbela apabila cukai diambil atas perbelanjaan golongan yang tidak berkemampuan. Konsep percukaian dalam Islam ialah dikenakan pada lebihan harta golongan berkemampuan untuk dinikmati oleh golongan yang tidak berkemampuan.

3. Perdana Menteri turut menyeru rakyat supaya berfikir secara rasional dan bukan mengikut perasaan berhubung pelaksanaan GST. Saya menegaskan bahawa bantahan rakyat terhadap pelaksanaan GST adalah berdasarkan rasional bahawa GST adalah zalim terhadap rakyat jelata kerana dikenakan terhadap perbelanjaan semua rakyat tanpa mengira berkemampuan atau tidak. Petani dan nelayan yang tidak bergaji tetap antara yang akan menanggung kesengsaraan. Buruh kasar di sektor swasta yang tidak menikmati kenaikan gaji tertindas dan dizalimi. Golongan ini sebelumnya tidak dikenakan cukai tetapi dengan GST akan dibebani cukai. Ini satu penindasan yang ketara. Di samping kajian yang menunjukkan bahawa GST bakal membawa kepada kenaikan harga barang dan inflasi yang berpanjangan.

4. Datuk Seri Najib juga berkata bahawa GST adalah keperluan supaya negara tidak berdepan himpitan ekonomi pada masa depan yang akhirnya mengundang kesusahan dan penderitaan kepada rakyat. Saya menegaskan bahawa bahawa GST adalah sistem yang bakal mengundang kepada kesusahan dan penderitaan rakyat tidak berkemampuan. Malah himpitan ekonomi hari ini telah sedia berlaku disebabkan kegagalan kerajaan pusat menguruskan perbelanjaaan negara secara berhemah sebagaimana dapat dilihat dalam banyak laporan Audit Negara.

5. Datuk Seri Najib juga berkata: "Sebab itu GST akan dapatkan hasil yang mantap untuk kerajaan. Saya minta kepada semua supaya memahami akan 'nawaitu' (niat) kerajaan. 'Nawaitu' kerajaan adalah untuk melakukan perubahan," katanya. Saya menegaskan bahawa kerajaan mungkin mendapat hasil yang mantap menerusi GST namun ia adalah hasil yang dikutip daripada keringat rakyat yang susah atau dengan bahasa lainnya menerusi "rompakan yang dihalalkan oleh undang-undang negara". "Nawaitu" yang baik tidak menghalalkan tindakan melaksanakan GST yang zalim terhadap rakyat. "Nawaitu" yang baik perlu disusuli dengan tindakan yang lebih adil dan tidak membebankan rakyat.

6. Perdana Menteri berkata, langkah memperkenalkan GST juga bertujuan mengupayakan kemampuan kewangan kerajaan agar lebih kukuh, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Saya menegaskan bahawa kemampuan kewangan boleh dicapai jangka masa panjang sekiranya kerajaan mengusahakan bajet berimbang dan mengelakkan pembentangan bajet defisit yang telah berlaku sejak belasan tahun sehingga membawa kepada tunggakan hutang negara yang semakin meningkat.

7. Perlu ditegaskan bahawa krisis kewangan negara adalah kerana perbelanjaan di luar kemampuan kewangan semasa negara serta kegagalan kerajaan mengamalkan perbelanjaan berhemah menerusi pelbagai pembaziran projek mega serta ketirisan projek-projek pembangunan kerajaan yang diuruskan oleh syarikat-syarikat yang kurang berkelayakan. Akhirnya rakyat jelata yang miskin dipaksa menggalas beban kegagalan dan kelemahan kerajaan nenerusi GST yang zalim. Tidakkah wajar GST dibantah oleh rakyat???

8. Kerajaan mesti menarik balik perancangan pelaksanaan GST pada 1 April 2015 dan membentuk satu jawatankuasa menangani krisis kewangan dan ekonomi negara yang diwakili pelbagai pihak bagi memikirkan perancangan peningkatan hasil negara tanpa sebarang penindasan terhadap rakyat tidak berkemampuan.

9. Pengurusan ekonomi dan kewangan negara berlandaskan prinsip Islam pasti mengundang keberkatan dan kemakmuran hidup rakyat jelata namun jika sebaliknya ia pasti mengundang kemurkaan Allah dan keperitan hidup.

"Menuju Baldah Tayyibah Dengan Keampunan Rabb"

YB. Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sabtu 3hb Mei 2014