Friday 12 September 2014

TENTERA AS DI MALAYSIA : TEGASKAN DASAR LUAR NEGARA

TENTERA AS DI MALAYSIA : TEGASKAN DASAR LUAR NEGARA
Oleh : Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Kehadiran ratusan tentera Amerika Syarikat (USARPAC) di Kelantan dan Terengganu semalam mencetuskan kebimbangan masyarakat awam. Kita sudah maklum bahawa kehadiran mereka adalah untuk menjalani latihan ketenteraan bersama dengan Tentera Darat Malaysia yang dinamakan Eksesais Keris Strike Siri 18/14.

Walaupun pihak TDM telah menegaskan bahawa latihan ini berorientasikan pengurusan bencana bantuan kemanusiaan, namun dasar bilateral ketenteraan ini harus dinilai berdasarkan perkembangan senario politik dan sentimen masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam. 

Kerjasama ketenteraan telah berjalan sekian lama. Malah, Malaysia dilihat bersifat pragmatis dalam mengendalikan politik antarabangsa dengan negara-negara besar di dunia. Meskipun ia boleh dinilai dengan pelbagai objektif yang tersendiri, namun beberapa siri yang melibatkan kepentingan negara dan umat Islam antarabangsa pada tahun ini jelas membimbangkan. 

Contohnya, sokongan padu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke atas Israel untuk terus membantai umat Islam di Palestin sekitar bulan Julai yang lalu. Beberapa badan antarabangsa berpendapat pentadbiran Obama kini meneruskan siri ‘War on Terror’ yang dipopularkan oleh Bush ke arah ‘Global Battlefiled’. Kempen antarabangsa telah mempromosikan menjenayahkan peperangan dan sasaran utamanya adalah terhadap Washington. 

Malaysia seharusnya lebih tegas menyuarakan hasrat umat Islam seluruh dunia kepada Amerika Syarikat dalam hal ini. Dasar pragmatik mesti dinilai semula. Dalam keadaaan krisis antarabangsa yang berlanjutan, ini peluang yang terbaik untuk negara memposisikan peranan bersama organisasi Islam dan aktor kemanusiaan di seluruh dunia dalam menjulang hak keadilan dan kebenaran. Sudah tentu, Malaysia harus bermula dari dalam negara terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment