Wednesday 7 June 2017

Umur Umat Muhammad

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda:

روى الترمذي في سننه من حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ"

"Umur umatku antara enam puluh dan tujuh puluh tahun dan sedikit sahaja yang melepasinya"

Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah.  Juga riwayat al-Hakim dan dinilai Sahih oleh beliau dan dipersetujui oleh al-Zahabi. 

Friday 2 June 2017

Melawat Pasar Malam Kg Baru

*TURUN PADANG MENYANTUNI RAKYAT, EDARAN RISALAH DAN BUKU*

Anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus dan MTD Seberang Takir bersama YB Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at Takiri dan Ust Zakaria Dagang.

Tapak Pasar Malam Kg Baru Seberang Takir,
Berkumpul jam 5.30ptg ini.
Rabu 24 Mei 2017

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program petang ini.

Budaya Politik Demokrasi Matang VS Politik Kebencian Tidak Berasas

**Budaya Politik Demokrasi Matang VS Politik Kebencian Tidak Berasas*

oleh:
_Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri_
*Ahli Parlimen Kuala Nerus*

1. Politik Demokrasi yang matang memberi pengiktirafan kepada Wakil Rakyat pembangkang untuk bersama dalam pelbagai *program rasmi kerajaan yang melibatkan kepentingan rakyat*. Di negara barat seperti Australia dan United Kingdom wakil rakyat pembangkang menganggotai pelbagai jawatankuasa pentadbiran di pelbagai peringkat sama ada kerajaan tempatan atau negeri atau federal.

2. Perkara ini ditekankan oleh PAS menerusi pendekatan baru politik yang diberi nama *Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS)*. Wakil rakyat dan pimpinan PAS sebagai pemimpin masyarakat di peringkat pembangkang sewajarnya *dilibatkan dalam pelbagai program kerajaan melibatkan kepentingan rakyat dan negara.*

3. Pada 28hb Mei 2017 sempena 1 Ramadhan,  saya dan pimpinan PAS Terengganu *dijemput hadir oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Timbalan Perdana Menteri* yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri (KDN). Ia sempena program penerapan nilai murni di bulan Ramadhan di kalangan warga KDN bersama rakyat setempat *di Tok Jembal dalam kawasan parlimen saya Kuala Nerus*.  Turut hadir YAB Menteri Besar Terengganu. Saya hadir bersama Dato' Husin Awang,  Pesuruhjaya PAS Terengganu dan YB Dr Alias Razak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

4. Pada 29hb Mei 2017 pula saya juga turut hadir *Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Jambatan Pulau Sekati oleh YAB Menteri Besar. Pulau Sekati berada dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus.* Saya turut dijemput bersama menaiki kereta YAB MB untuk meninjau jambatan tersebut diiringi para pegawai kerajaan dan wartawan.

5. Sebelum ini saya juga turut hadir pelbagai majlis rasmi kerajaan seperti *Solat Tarawih bersama YAB PM di Masjid Bukit Tok Beng,  Parlimen Kuala Nerus* pada 6hb Julai 2014, *Majlis Penutup Ijtimak Pondok oleh YAB PM di Universiti Malaysia Terengganu, di Parlimen Kuala Nerus pada 23hb Mei 2016*, berbuka puasa bersama YAB PM di *Gemuruh, Parlimen Kuala Nerus pada 29 hb Jun 2016*, Majlis Taklimat Banjir kepada YAB PM di *Banggol Peradong, Parlimen Kuala Nerus pada 7hb Januari 2017*.

6. Pada 31hb Julai 2014 YAB MB Terenggganu turut hadir Majlis Raya Rakyat di kediaman saya di Parlimen Kuala Nerus. Saya juga turut menyampaikan kuliah sempena Korban pada 20 hb Ogos 2016 dengan kehadiran YAB MB di surau berhadapan rumah MB sempena Program YB Cakna Rakyat anjuran PAS Kg Baru,  Seberang Takir, di Parlimen Kuala Nerus.

7. Semua bentuk program tersebut adalah dalam kerangka membentuk satu budaya politik yang matang dan berhemah yang menguntungkan rakyat. Budaya lama berpolitik sehingga berpatah arang berkerat rotan sudah berlalu.  Generasi baru Malaysia menuntut satu perubahan dalam gaya berpolitik.

8. Namun, segelintir ahli politik pembangkang yang tidak matang *menjadikan gambar-gambar saya bersama dalam majlis-majlis tersebut sebagai isu dan modal politik murahan* untuk kepentingan politik sempit mereka bagi mengheret rakyat terus menaja agenda politik kebencian tidak berasas.

9. Politik kebencian tidak berasas mungkin memberi keuntungan jangka masa pendek bagi setengah ahli politik namun ia merosakkan pembinaan tamadun bangsa dan negara untuk jangka masa panjang.

10. Politik kepartian sepatutnya dibina atas asas menghormati perbezaan pandangan politik dalam pelbagai isu mendasar dan isu semasa tanpa merosakkan hubungan peribadi kemasyarakatan. Budaya politik ilmu, politik idea dan politik damai sejahtera perlu diwariskan kepada generasi mendatang.

11. Sebagai pembangkang PAS terus memberikan pelbagai pandangan kepada kerajaan serta mengkritik pelbagai dasar parti politik pemerintah yang tidak memberikan keuntungan kepada negara dan rakyat sebagai satu proses semak dan imbang.

12. *PAS terus konsistan mengkritik* dasar GST yang tidak patuh Syariah, tegas menentang TPPA, menolak penglibatan kerajaan dalam penubuhan bank riba AIIB, mengkritik dasar penubuhan 1MDB dan GLC seumpamanya, mengkritik dasar bajet defisit, perbelanjaan boros dan longgokan hutang kerajaan persekutuan, menolak derma peribadi kepada Perdana Menteri dan penjawat awam kerana ianya rasuah dalam Islam, menegaskan sistem ekonomi kapitalis yang diimani oleh kerajaan BN adalah punca kejatuhan mata wang dan inflasi, mengkritik Akta SOSMA, POTA dan MKN yang terdedah kepada manipulasi dan pelbagai lagi isu negara.

14. Dan lebih penting PAS menegaskan bahawa *hanya Islam penyelesaian bagi pelbagai permasalahan negara* bukannya sistem ekonomi kapitalis atau sistem pemerintahan sosialis atau komunis.

15. Namun, segala kritikan dan perbezaan pandangan politik perlu dilaksanakan dalam ruang lingkup *budaya matang, sejahtera dan berakhlak berasaskan konsep nasihat dan amar makruf nahi mungkar* sebagaimana pedoman al-Quran dan al-Sunnah.

16. PAS menawarkan kepada umat penyelesaian ekonomi negara menerusi Dokumen Hijau yang telah dirasmikan penyebaran sebahagian isi kandungannya dan juga Wawasan Induk Negara yang bakal dilancarkan sebelum PRU ke 14.

17. Kita boleh berbeza pandangan dan berbalas hujah di Parlimen dan DUN tapi *tidak untuk menjadi seperti kera dan monyet yang menjerit dan berteriak di dalam hutan*. Demokrasi perlu dihormati. Sidang Parlimen dan DUN adalah medan berwacana bukan bertegang leher menunjuk "hero".

18. Ramadhan mendidik umat untuk lebih berakhlak.  *Moga Ramadhan menjadi penyubur budaya politik matang sejahtera.* Ia tidak mudah namun juga tidak sukar.

Sekian.

"Sejahtera Bersama Islam"

Khamis 1 hb Jun 2017/ 6 Ramadhan 1438 H

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1595883107088380&substory_index=0&id=569086473101387*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1595883107088380&substory_index=0&id=569086473101387

Ziarah Ust Hj Lambak Tok Jiring

Ziarah Tokoh Ulamak

Hari ini 2hb Jun 2017 jam 3.45 ptg: Menziarahi Ust Hj Lambak Ibrahim di Tok Jiring, Kuala Nerus. Seorang tokoh ulamak lepasan Deoband, India dan menantu kepada tokoh ulamak Terengganu,  Tuan Guru Hj Abas. Beliau menceritakan sejarah pengajiannya selama 10 tahun di Deoband sezaman dengan Tok Guru Nik Aziz.  Pada usia 84 tahun (lahir 1933) beliau masih aktif membuka pengajian Talaqqi Kitab khususnya Sahih Bukhari di Surau Tok Guru Hj Abas setiap pagi hari isnin hingga khamis. Keturunan beliau adalah pejuang Pahang bersama Mat Kilau yang lari berlindung ke Terengganu dan menetap di Jeram, Kuala Nerus.

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1597424533600904&substory_index=0&id=569086473101387

Thursday 1 June 2017

Tazkirah Surau Hj Embong 29.5.2017

*🎥 TAZKIRAH RAMADHAN 🎥*

YB Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at Takiri

*SURAU HJ EMBONG*
Telaga Daing, Seberang Takir.
Semasa Solat Sunat Tarawih
29 Mei 2017 Ahad (Malam ini)

Semua Dijemput Hadir

Ikuti :
https://www.facebook.com/drtakiri/

Sekian.

#SEBARKAN moga beroleh pahala menyebarkan ilmu dan moga bumi Kuala Nerus subur dengan ilmu dan amal.

Bersedekah Bagi Pihak Si Mati

*Sejenak RAMADHAN (Siri 3)*

*Bersedekah Bagi Pihak Si Mati*

Bersedekah bagi pihak si mati khususnya ibu dan bapa yang telah pergi adalah satu kebaktian.

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا أَيَنْفَعُهَا شَيْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ قَالَ فَإِنِّي أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِيَ الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَلَيْهَا

Ibnu Abbas radiyallahu anhuma meriwayatkan bahawa Sa'ad bin Ubadah berkata: Wahai Rasulullah, ibu saya telah mati di kala saya tiada bersamanya.  Adakah memberi manfaat kepada beliau sekiranya saya bersedekah bagi pihak beliau?". Baginda saw menjawab: "Ya". Lelaki itu lalu berkata: Sesungguhnya saya memberi kesaksian bahawa kebun kurma saya adalah sedekah bagi pihak beliau".

Ramadhan mendidik seseorang untuk melipat gandakan amalan Sedekah. Maka sebaiknya diperuntukkan sebahagian bagi pihak ibu dan bapa yang telah pergi moga berpanjangan pahala buat mereka.

"Sejahtera Bersama Islam"

Khamis 1 hb Jun 2017 / 6 Ramadhan 1438 H
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1596049547071736&substory_index=0&id=569086473101387